Hari Bersama Tabung Haji
3 Mei 2017 | Aktiviti TerkiniPada 2 Mei 2017 (Selasa) yang lepas, PI PPR Taman Dahlia telah menganjurkan hari bersama Tabung Haji. Program ini dilaksanakan di PI PPR Taman Dahlia. Program ini bertujuan untuk memberi kemudahan kepada penduduk setempat supaya boleh berurusan secara terus kepada pihak TH. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk menarik lebih ramai pengunjung ke PI PPR Taman Dahlia sekaligus dapat menerangkan perkhidmatan yang disediakan untuk penduduk setempat.
Program ini berlangsung selama 7 jam bermula 9.00 pagi sehingga 4.00 petang yang telah dihadiri oleh 5 orang anggota TH. Pengunjung yang hadir diberi penerangan tentang TH serta kemudahan yang terdapat di Pusat Internet. Beberapa orang pengunjung telah menggunakan khidmat PI seperti fotostat dan mencetak. Malah pengunung turut menggunakan khidmat online untuk mendaftar aplikasi TH iaitu THiJari. Program tamat pada jam 4.00 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: